Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

27) KAWALAN BINATANG LIAR SEPERTI BABI HUTAN

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Fakhrulrazi Bin Mohd Mokhtar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah langkah Kerajaan Negeri untuk mengatasi masalah gangguan babi hutan yang makin meningkat populasinya dan memberi ancaman keselamatan kepada penduduk kampung?

    Langkah yang diambil oleh Jabatan Perhilitan bagi mengawal populasi dan mengatasi aduan gangguan babi hutan adalah seperti berikut:

    1. Mengawal populasi konflik babi hutan dengan menjalankan tindakan penakaian (culling) melalui operasi tembak mati. Ini merupakan kaedah biasa yang diamalkan dalam pengurusan hidupan liar. Kaedah ini digunapakai bagi mengawal populasi spesies konflik.
    2. Menjalankan kajian anggaran populasi dan taburan dalam pengelasan tahap/ zon keseriusan konflik bagi penyelarasan tindakan jabatan. Menerusi kajian ini, bilangan babi hutan yang berlebihan akan dikawal bagi memastikan keupayaan tampung kawasan hijau tersebut tidak diganggu.
  2. Adakah pihak Kerajaan Negeri mempunyai hasrat untuk membekalkan senjata api kepada anggota Rela khusus untuk ditugaskan menghapuskan babi hutan?

    Penggunaan senjata api adalah dikawal di bawah Akta Senjata 1960 dikawalsedia oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM). Justeru itu, pemberian senjata api kepada anggota RELA adalah diluar bidang kuasa Jabatan Perhilitan.

Lampiran

Tiada Lampiran.