Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

25) KEBAJIKAN GOLONGAN BUJANG

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Wanita & Keluarga

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah bilangan rakyat Selangor berumur 50 tahun ke atas dan masih berstatus bujang?

    Soalan (a), (b) dan (c) dijawab bersekali

    Tuan Speaker,

    Merujuk kepada Data Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 dan Penemuan Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020, bilangan rakyat Selangor yang berumur 50 tahun ke atas mengikut taraf perkahwinan tidak pernah berkahwin atau masih bujang adalah seramai 39,265 orang pada tahun 2010 dan 45,404 orang pada tahun 2020.

    Untuk makluman Yang Berhormat Sungai Ramal, Program Bantuan Baucar Untuk Rakyat Miskin Bersempena Perayaan atau lebih dikenali sebagai Program Jom Shopping Perayaan merupakan salah satu usaha Kerajaan Negeri dalam membantu meringankan beban kos sara hidup keluarga rakyat miskin dalam membuat persediaan menyambut perayaan. Bantuan ini melibatkan perayaan utama seperti sambutan perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.

    Sepertimana dalam ucapan Belanjawan Selangor 2023, Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk meneruskan program ini pada tahun 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM16.48 juta yang akan disasarkan kepada 82,400 orang penerima manfaat. Beberapa penambahbaikan syarat kelayakan penerima bantuan juga telah dilaksanakan antaranya seperti kenaikan nilai bantuan daripada RM100.00 kepada RM200.00 setiap penerima manfaat, pindaan had pendapatan penerima manfaat daripada RM2,000.00 kepada RM3,000.00 sebulan dan membenarkan penerima bantuan Program Skim Mesra yang menepati syarat kelayakan untuk turut memohon dalam Program Jom Shopping Perayaan.

    Antara syarat-syarat kelayakan yang lain adalah penerima bantuan mestilah pengundi berdaftar di DUN berkenaan, hanya seorang penerima bantuan sahaja yang layak menerima baucar bagi setiap keluarga dan yang terakhir penerima bantuan bukan penerima manfaat Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).

    Justeru itu, jelas disini bahawa berdasarkan syarat-syarat kelayaan yang telah dimaklumkan, rakyat di Negeri Selangor yang berumur 50 tahun dan ke atas serta berstatus bujang tidak ketinggalan dan layak untuk turut memohon bagi Program Jom Shopping Bersempena Perayaan.

  2. Kenapakah golongan ini dianaktirikan oleh Kerajaan Negeri Selangor daripada menerima manfaat Program Jom Shopping Perayaan?

  3. Bukankah golongan ini patut diraikan untuk menjaga kebajikan dan emosi mereka?

Lampiran

Tiada Lampiran.