Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

24) RANCANGAN SELANGOR PERTAMA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan pelaksanaan yang telah dilakukan melalui pembangunan kawasan Sabak Bernam ( SABDA ) yang diumumkan di dalam Rancangan Selangor Pertama.

    Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam adalah di bawah kawal selia Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Sabak Bernam (SABDA) dan adalah Projek Pemacu di bawah Teras Ekonomi dalam Rancangan Selangor Pertama, manakala Agensi Pelaksana sebelum ini adalah PKPS.

    Pejabat Operasi SABDA dan ruang pameran telah siap disediakan di Sungai Besar dengan kos berjumlah sebanyak RM247,000 bagi menyelaraskan pelaksanaan projek dan inisiatif di bawah SABDA.

    Sehingga kini 2 projek  (11%) telah siap iaitu Projek Lebuhraya WCE dan Pejabat Operasi SABDA, manakala 3 projek (17%) sedang dalam pelaksanaan, 8 projek (44%) dalam peringkat cadangan dan perancangan, 4 (22%) projek masih belum bermula dan 1 projek (6%) sedang di semak semula.  Antara projek dalam pelaksanaan adalah SSAP@Sungai Air Tawar (kelapa), SSAF@Sungai Air Panjang dan Eko-Pelancongan Ban Canal.

  2. Senaraikan perancangan khusus selama 5 tahun mendatang yang telah dirancang dan perancangan yang telah bermula.

    Kesemuanya terdapat 18 Projek di bawah SABDA yang meliputi Mukim Sabak, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Mukim Pancang Bedena, Mukim Sungai Panjang, Mukim Panchang Bedena dan Mukim Pasir Panjang.  Selain menjadi destinasi pelancongan dengan penginapan bertaraf lima bintang, SABDA akan menjadi pusat pertanian dan perikanan bagi menjamin isu food security di negeri Selangor.

    Senarai projek-projek di bawah SABDA seperti di Lampiran A.

Lampiran

Tiada Lampiran.