Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

23) PELEBARAN SIMPANG MASUK DARI MRR2 KE JALAN BUNGA RAYA TAMAN KENCANA

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status permohonan kepada pelebaran simpang masuk dari MRR2 ke Jalan Bunga Raya Taman Kencana?

    Persimpangan yang dimaksudkan merujuk kepada Jalan Persekutuan FT28 di bawah bidang kuasa dan kawal selia pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia. Buat masa ini, tiada sebarang perancangan untuk melebarkan persimpangan tersebut. Walau bagaimanapun, kajian awalan berhubung keperluan pelebaran simpang tersebut boleh dilaksanakan dan sekiranya didapati ada keperluan yang tinggi, cadangan pelebaran persimpangan tersebut akan dimohon kepada Cawangan Jalan, Ibu Pejabat JKR Malaysia.

Lampiran

Tiada Lampiran.