Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

15) SKIM JAMINAN AIR MENTAH SELANGOR (SJAM)

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Bagaimana Skim Jaminan Air Mentah Selangor (SJAM) boleh memanfaat rakyat Selangor?

    Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) atau Water Resources Assurances Scheme (WARAS) merupakan inisiatif Kerajaan Negeri bagi menyelaras pengurusan air secara holistik melibatkan semua agensi dan jabatan kerajaan untuk perancangan jangka pendek dan jangka panjang. SJAM merangkumi komponen utama berikut:

    • Pengurusan Air Mentah oleh LUAS untuk memastikan kecukupan air mentah dari segi kualiti dan kuantiti untuk kegunaan domestik, industri, pertanian dan perikanan;
    • Pengurusan Pembekalan Air oleh Air Selangor untuk memastikan semua rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapat bekalan air bersih;
    • Pengurusan/Perancangan Tebatan banjir oleh JPS; dan
    • Pengurusan Air Kumbahan oleh Jabatan Perkhidmatan Pembentungan (JPP) / Indah Water Consortium (IWK).

    Perancangan di bawah Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang merangkumi dua (2) fasa, iaitu Fasa 1 bagi menangani isu pencemaran air di Sungai Selangor dan Fasa 2 bagi memastikan kecukupan air mentah dalam menghadapi musim kemarau.

    Di bawah Fasa 1, manfaat kepada rakyat adalah melalui konsep pembekalan air yang berterusan tanpa gangguan apabila pencemaran sumber air mentah dikesan berlaku di Sungai Selangor dan Sungai Langat.  Dalam keadaan semasa apabila pencemaran sumber air mentah dikesan di Sungai Selangor dan Sungai Langat yang menyumbang air mentah untuk dirawat loji utama seperti Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, Rantau Panjang dan Semenyih, loji-loji ini akan dihenti tugas hingga menyebabkan gangguan bekalan air kepada pengguna.  Di bawah pelaksanaan SJAM, apabila pencemaran dikesan, pengepaman dari kolam akan diaktifkan secara automatik untuk kegunaan loji rawatan air manakala air mentah yang tercemar akan dilencongkan terus ke hiliran sungai tanpa melalui loji rawatan air.

    Di bawah SJAM Fasa 2, Kerajaan Negeri menumpukan kepada Program Pengurusan Sumber Air secara holistik bagi memastikan simpanan air mencukupi untuk menampung permintaan pada ketika itu.  Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Selangor melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah melaksanakan pembangunan inventori menyenaraikan semua kolam takungan dan tasik  di Negeri Selangor.  Kerajaan Negeri Selangor akan memanfaatkan semua kolam takungan dan tasik yang telah disenaraikan tersebut sebagai sumber air alternatif semasa musim kemarau selain dari kolam takungan di bawah Operasi Pengepaman Air Kolam (OPAK) sedia ada.

  2. Apakah status projek pembangunan buat masa kini?

    Proses pembangunan projek infrastruktur di bawah SJAM melibatkan pelaksanaan projek pengepaman air mentah dari kolam takungan HORAS 600 di Sungai Selangor dan Kolam Takungan (Pond C) di Sungai Semenyih yang merangkumi 4 pakej kerja utama iaitu:-

    Secara keseluruhan, prestasi kemajuan projek setakat 28 Februari 2023 adalah mencapai 40. 80%, dijangka siap pada akhir tahun 2023. Pencapaian mengikut pakej kerja adalah seperti berikut:-

Lampiran

Tiada Lampiran.