Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023

13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)

14) JALAN DAN LAMPU JALAN YANG ROSAK

Tahun: 2023

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Dr. Idris Bin Ahmad

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Banyak lagi jalan-jalan di kampung yang masih gelap dan membahayakan pengguna.

    Sub-soalan telah di tolak

  2. Harap Kerajaan Negeri dapat menambah bilangan lampu-lampu jalan (lampu solar) di kawasan luar bandar.

    Selain pelaksanaan pemasangan lampu jalan SOLAR LED oleh JKR, terdapat juga beberapa program pemasangan lampu jalan SOLAR LED yang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi pencahayaan di jalan-jalan kampung, kampung Orang Asli, kawasan tarikan pelancong dan lain-lain

    Bagi pelaksanaan lampu jalan SOLAR LED oleh JKR, kriteria utama pemilihan pemasangan adalah di kawasan yang tiada bekalan elektrik TNB, kawasan kerap terjadi vandalisma (kecurian kabel dan komponen elektrik) dan kawasan kerap berlaku kemalangan (blackspot).

Lampiran

Tiada Lampiran.