Mesyuarat Pertama Penggal Keenam Dewan Negeri Selangor Tahun 2023
13 Mac 2023 - 17 Mac 2023 (Isnin - Jumaat)
8) GARIS PANDUAN UBAHSUAI RUMAH TERES KEPADA HOSTEL PELAJAR DAN AIRBNB
Tahun: 2023
Sesi: 1
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sudahkah Garis Panduan Pengubahsuaian Rumah Teres kepada AirBnB dan Hostel Pelajar diluluskan oleh MMKN?
Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, Unit Perancang Ekonomi Negeri telah menyediakan draf Garis Panduan Bagi Menjalankan Aktiviti Penginapan Komersial di Bangunan Kediaman (Rumah Penginapan) bersama-sama pihak Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Draf garis panduan tersebut dijangka dapat dibentangkan dalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor pada bulan April 2023 untuk pertimbangan dan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri.