Enakmen Mengutip Tol (Jalan-Jalan Persendirian) 1986
Seksyen
13
Tajuk
Raja dalam Mesyuarat boleh membuat kaedah-kaedah untuk melaksanakan peruntukan-peruntukan dan tujuan-tujuan Enakmen ini dan pada khususnya dan tanpa menyentuh keluasan peruntukan sebelum ini, untuk semua atau mana-mana perkara berikut:
(a) menentukan bayaran yang patut dikenakan kerana mengeluarkan lesen di bawah Seksyen 5;
(b) menetapkan kenderaan-kenderaan atau mana-mana jenis kenderaan yang mana tol hendaklah dibayar;
(c) menentukan amaun tol yang pemegang lesen berkuasa mengutip; dan
(d) menentukan bentuk-bentuk daftar dan resit di bawah Seksyen 7.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.