Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor 1969
Bahagian
II - Perbadanan
Seksyen
8
Tajuk
Terta‘alok kapada peruntokan2 Enactment ini dan kapada mana2 Atoran yang di-buat di-bawah-nya, Perba- danan boleh dengan satu usul mewakilkan kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan Perbadanan, kuasa dan kebenaran bagi menjalankan bagi pehak-nya kewajipan2 kuasa2 atau kerja2 sa-bagaimana yang di-tetapkan oleh Perbadanan selain dari kuasa2 di-bawah sekshen2
Perbadanan boleh pada masa mewakilkan apa2 kuasa atau kebenaran di-bawah sekshen-kechil (1) kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan atau pada bila2 masa kemudian-nya memberi arahan° mengenai chara bagaimana kuasa atau kebenaran yang di-wakilkan itu di-kehendaki di-jalankan dan boleh pada bila° masa membatal, mengubah atau menambahkan perwakilan
Dengan tidak menyentoh keluasan ma‘ana sekshen-kechil (1) dan terta‘alok kapada peruntokan sekshen-kechil (2), Perbadanan boleh dengan satu usul mewakilkan kapada mana2 Pengarah, pegawai atau kakitangan Perbadanan, kuasa membenarkan perbelanjaan hingga sa-takat yang di- tetapkan oleh Perbadanan bagi sa-suatu perkara, daripada Kumpulan-wang atau daripada mana2 wang lain di-bawah kawalan Perbadanan
Tiada-lah apa2 jua usul untok mewakilkan apa2 kewajipan, kuasa atau kerja di-bawah sekshen ini menjadi sah melainkan jika sa-kurang2-nya enam orang Pengarah Perbadanan mengundi menyokong-nya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.