Enakmen Industri Berasas Kayu 1985
Bahagian
II - Perlesenan Industri-Industri Berasas Kayu
Seksyen
6
Tajuk
Pihak Berkuasa Negeri boleh menghendaki, sebelum sesuatu lesen dikeluarkan, supaya suatu jaminan sebagaimana yang ditetapkan olehnya, diberikan atau sejumlah wang sebagaimana yang akan ditetapkan olehnya didepositkan dengan Kerajaan Negeri, bagi pematuhan wajar terma-terma, syarat- syarat dan peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam lesen dan peruntukan-peruntukan Enakmen ini.
Tanpa menjejaskan peruntukan-peruntukan lain Enakmen ini, di mana terdapat pelanggaran mana- mana terma, syarat atau peruntukan yang terkandung dalam sesuatu lesen atau pelanggaran mana-mana peruntukan Enakmen ini, keseluruhan jaminan atau deposit itu, atau sebahagian daripadanya sebagaimana yang ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri, akan terlucuthak kepada Kerajaan Negeri jika selepas seseorang pemegang lesen diberi peluang untuk didengar ia tidak dapat memuaskan hati Pihak Berkuasa Negeri bahawa jaminan atau deposit atau sebahagian daripada jaminan atau deposit itu tidak boleh dilucuthakkan.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.