Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015
Bahagian
3 - Perlantikan Ketua Pendaftar Wakaf dan Pendaftar Wakaf
Seksyen
9
Tajuk
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan hendaklah menjadi Ketua Pendaftar Wakaf.
Perbadanan boleh melantik seberapa ramai Pendaftar Wakaf yang difikirkannya perlu bagi maksud Enakmen ini.
Ketua Pendaftar Wakaf dan Pendaftar Wakaf hendaklah bertanggungjawab untuk—
(a) mendaftar atau menyebabkan supaya didaftarkan semua mawquf yang diwujudkan di bawah Enakmen ini;
(b) menyimpan dan menyenggara atau menyebabkan supaya disimpan atau disenggara suatu daftar bagi semua mawquf dalam apa-apa bentuk atau mengikut apa-apa cara yang ditentukan oleh Perbadanan;
(c) menyimpan dan memegang semua surat cara, dokumen hakmilik atau dokumen lain yang berhubungan dengan mana-mana mawquf yang terletak hak pada Majlis;
(d) memaklumkan jumlah mawquf yang didaftarkan dalam Daftar Wakaf kepada Majlis dari semasa ke semasa; dan
(e) melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis atau Perbadanan dari semasa ke semasa.
Pendaftar Wakaf hendaklah bertindak di bawah kawalan am dan arahan Ketua Pendaftar Wakaf.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.