Enakmen Tabung Warisan 1991

Seksyen

7

Tajuk

Pelaburan wang Kumpulan Wang
7 [1]

Lembaga boleh melaburkan wang yang ada di dalam tabung-

(a) sebagai simpanan deposit di mana-mana bank, di dalam atau di luar Malaysia;

(b) dalam mana-mana daripada pelaburan-pelaburan yang dibenarkan oleh Akta Pemegang Amanah 1949 atau Akta Pelaburan Amanah 1965;

(c) dalam sekuriti-sekuriti mengikut terma-terma yang menguntung Kumpulan Wang;

(d) dalam suratcara pasaran wang, termasuklah bil perbendaharaan, penerimaan jurubank dan perakuan deposit dalam apa-apa mata wang termasuk ringgit dengan tempoh -tempoh kematangan tidak melebihi satu tahun;

(e) dalam pinjaman-pinjaman, mengikut terma-terma yang menguntungkan Kumpulan Wang, kepada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri di Malaysia;

(f) dalam pinjman-pinjaman, mengikut terma-terma yang menguntungkan Kumpulan Wang, kepada mana-mana pihak berkuasa atau perbadanan awam atau syarikat yang Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan mempunyai kepentingan di dalamnya;

(g) dalam pendahuluan-pendahuluan bagi maksud membantu pencarigalian dan pemajuan mineral-mineral dan penanaman, memproseskan atau pemasaran apa-apa keluaran utama kepada-

(i) mana-mana pihak berkuasa yang ditubuhkan                 di bawah mana-mana undang-undang bertulis               di dalam Persekutuan; dan

(ii) mana-mana koperasi yang melibatkan diri                      dalam kerja perlombongan, perladang,                            pertanian, perkebunan, atau perikanan;

(h) dalam logam-logam berharga termasuk emas,                perak, platinum dan paladium; dan

(i) sebagaimana yang dibenarkan selainnya oleh                 Pihak Berkuasa Negeri.

7 [2]

Pelaburan yang disebut di dalam paragraf (e) subseksyen (1) tidaklah boleh pada bila-bila masa melebihi sepuluh peratus aset boleh lupus Kumpulan Wang.

7 [3]

Jumlah pelaburan yang disebut di dalam paragraf (f) dan (g) subseksyen (1) tidaklah boleh pada bila-bila masa melebihi dua puluh lima peratus aset boleh lupus Kumpulan Wang.

Disclaimer (Penafian):

Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.

Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.