Enakmen Majlis Perbandaran Petaling Jaya 2006
Bahagian
-
Seksyen
3
Tajuk
Apabila berkuat kuasanya Enakmen ini, ia hendaklah tidak menjejaskan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya atau mana-mana orang lain yang dilantik atau dicalonkan secara sah, mengikut mana yang berkenaan, yang memegang jawatan pada tarikh mula berkuat kuasanya Enakmen ini, yang mana mulai dari tarikh tersebut hendaklah, sebagai Datuk Bandar atau jawatan- jawatan yang lain, mempunyai dan melaksanakan semua hak, kewajipan, kuasa dan keistimewaan yang dahulunya berkaitan dengan mana-mana jawatan tersebut di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, sebagaimana yang dipakai kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain dan mana-mana undang-undang kecil yang dibuat di bawahnya atau undang-undang kecil yang terpakai kepada Majlis Perbandaran Petaling Jaya di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976, seolah-olah Enakmen
ini belum lagi diperbuat.
Tiada apa-apa jua pun dalam Enakmen ini akan menyentuh kesahihan atau kesan mana-mana tindakan, prosiding, pindahhak, pindahmilik, surat ikatan, transaksi atau apa-apa tindakan lain yang diambil, dimasuki atau dibuat bona fide sebelum mula berkuat kuasanya Enakmen ini oleh, atau terhadap atau atas nama atau bagi pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya.
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.