Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
Bahagian
II - Majlis Agama Islam Selangor
Seksyen
20
Tajuk
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata
selainnya oleh Enakmen ini, semua urusan Majlis hendaklah
dijalankan dalam mesyuarat Majlis yang diadakan dengan sempurna dan hendaklah dibereskan melalui ketetapan majoriti anggota yang hadir dan berhak mengundi.
Ketetapan bertulis yang ditandatangani oleh semua anggota
Majlis hendaklah, melainkan jika dalam mana-mana hal atau golongan hal tertentu diarahkan selainnya oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan, mempunyai kesan yang sama seperti ketetapan yang diluluskan sewajarnya di bawah subseksyen (1).
Disclaimer (Penafian):
Sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman ini hendaklah dianggap sebagai maklumat am sahaja. Maklumat yang terdapat dalam laman ini tidak bermaksud untuk memberikan maklumat-maklumat berkenaan perundangan negeri Selangor yang komprehensif atau lengkap. Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan agar mendapatkan bantuan profesional secara bebas.
Pejabat Dewan Negeri Selangor akan cuba memastikan agar laman web ini dan maklumat-maklumat yang terkandung di dalamnya adalah yang terkini dan tepat. Walau bagaimanapun, Pejabat Dewan Negeri Selangor tidak memberikan jaminan bahawa maklumat yang dipaparkan adalah maklumat yang terkini dan juga tidak memberikan jaminan terhadap ketepatan maklumat tersebut. Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Dewan Negeri Selangor atau mana-mana pegawai dan pekerjanya, tidak bertanggungjawab dan tidak menanggung sebarang risiko terhadap apa-apa kerugian (sama ada yang secara langsung atau tidak langsung) hasil daripada penggunaan laman web ini atau apa-apa maklumat yang terkandung di dalamnya.