Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

187) ISU BANJIR KILAT DALAM KAWASAN MPAJ

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Lai Wai Chong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Isu banjir seperti di SJKC On Pong dan SJKT Ampang belum dapat penyelesaian, adakah Kerajaan Negeri memantau dan membincang bersama pihak/agensi yang berkaitan?

    Kejadian banjir yang berlaku sebelum ini adalah disebabkan oleh pembinaan Lebuhraya SUKE yang telah menggangu laluan aliran air. MPAJ akan membuat semakan semula sekiranya kejadian banjir masih berlaku di lokasi tersebut. Sekiranya masih berlaku, MPAJ akan melaksanakan kerja-kerja penyelesaian banjir menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2023.

  2. Apakah penyelesaian banjir kilat di bawah jambatan Besraya Pandan Indah?

    MPAJ telah melaksanakan kerja menaiktaraf longkang secara berfasa di kawasan tersebut disebabkan oleh kos yang tinggi berjumlah RM11juta. Pada ketika ini MPAJ telah menyiapkan kerja-kerja naiktaraf fasa 1 dan dijangka akan melaksanakan fasa 2 pada tahun 2023 kelak.

  3. Apakah penyelesaian banjir kilat di dalam kawasan Jalan Pandan Indah 1/11, Jalan Pandan Indah 1/11A?

    MPAJ akan melaksanakan kerja-kerja penyelesaian banjir menggunakan peruntukan MARRIS tahun 2023. Halangan penutup longkang entrance slab ke rumah penduduk dan longkang bersaiz kecil dipercayai menjadi punca banjir selain daripada peningkatan paras air dalam longkang utama ke Sungai Kerayong.

Lampiran

Tiada Lampiran.