Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

180) ISU KENAIKAN PENDATANG ASING DI KAWASAN BUKIT BERUNTUNG DAN BUKIT SENTOSA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Warga Asing & Hal Ehwal Luar Negeri

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Seperti yang dilaporkan melalui media cetak dan elektronik berkaitan kebanjiran warga asing dilihat semakin membimbangkan dan mengganggu ketenteraman awam seperti di kawasan Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa. Apakah tindakan kolektif MPHS dalam menangani isu ini?

    Pemantauan dan pemeriksaan bersepadu bersama-sama dengan agensi yang berkaitan seperti SPRM, Imigresen, LHDN dan lain-lain agensi akan dilaksanakan secara berkala dari semasa ke semasa, bagi mengatasi masalah ini dari terus berleluasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.