Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

176) SELEKOH BUKIT BERBAHAYA DI SUNGAI BUAYA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Jalan Koskan ke Kampung Sungai Buaya, terutama dikawasan selekoh bukit dipanggil Bukit Benggali sangat berbahaya dan banyak berlaku kemalangan sehingga mengundang maut. Penduduk masih mengharapkan penyelesaian isu ini. Apakah ada perancangan kerajaan dalam isu ini?

    Jalan Koskan ke Kampung Sungai Buaya adalah Jalan Persekutuan FT 1208 di bawah kawal selia pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia. Permohonan untuk menaiktaraf jalan ini di bawah tajuk Menaiktaraf Jalan Persekutuan FT 1208 (Simpang Kg. Koskan Ke Bandar Sg. Buaya) & FT3208 (Missing Link Dari Simpang FT01, Sg. Choh Ke Bukit Beruntung) Dalam Daerah Hulu Selangor, Selangor Darul Ehsan telah dimohon dibawah Rolling Plan 1 (RP1) dan Rolling Plan 2 (RP2)  Rancangan Malaysia Ke-Duabelas (RMKe-12) dan telah termasuk di dalam senarai pendek untuk kelulusan peringkat Kerajaan Persekutuan.

Lampiran

Tiada Lampiran.