Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

174) TAPAK SEKOLAH RENDAH AGAMA DI ANTARA GAPI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Harumaini Bin Haji Omar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah Kerajaan Selangor melalui PKNS dapat memberikan atau menyediakan tapak SRA (Sekolah Rendah Agama) untuk keperluan penduduk Antara Gapi?

    Merujuk Manual Garis Panduan dan Piawaian Perancangan negeri Selangor Edisi keempat 2022 tiada menyatakan keperluan penyediaan tapak SRA. Berdasarkan Kemudahan Pendidikan Sekolah Rendah (KM2-2) keperluan satu (1) sekolah bersamaan dengan tadahan penduduk seramai 3,000 – 7,500 orang. Manakala bagi sekolah menegah (KM2-1) keperluan tadahan penduduk bagi 1 (satu) sekolah adalah seramai 9,000.

    Untuk makluman, PKNS telah memperuntukkan sebanyak 3 tapak sekolah seperti berikut :-

    • 1 tapak sekolah rendah di Seksyen 1A (seluas 8.92 ekar)
    • 1 tapak sekolah menengah di Seksyen 4B (seluas9.11 ekar)
    • 1 tapak komplek sekolah rendah dan menengah di Seksyen 6A (seluas 16.68 ekar)

    Keperluan penyediaan Sekolah Rendah Agama adalah di bawah kawalan pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Berdasarkan kepada kelulusan Kebenaran Merancang 6 Mei 2022, tapak masjid berkeluasan 3 ekar telah dipinda kepada 4 ekar. Sebagai alternative, penduduk boleh memohon sebahagian tapak masjid untuk dijadikan Sekolah Rendah Agama tertakluk kepada kelulusan pihak JAIS.

Lampiran

Tiada Lampiran.