Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
168) APAKAH STATUS PERUNTUKKAN MARRIS BAGI DUN SELAT KLANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah yang telah digunakan oleh PTD dan PBT bagi DUN Selat Klang?
Bagi tahun 2022 (sehingga 18 Oktober 2022), secara keseluruhannya sebanyak RM3,561,685.00 telah dibelanjakan oleh PDT dan PBT untuk menyelenggara dan membaik pulih jalan-jalan di kawasan DUN Selat Klang melibatkan tiga (3) projek di bawah Majlis Perbandaran Klang (MPK).
-
Mengapakah laporan projek-projek MARRIS tidak dimaklumkan kepada ADUN seperti sebelum-sebelum ini?
Sejak tahun 2013, setiap kawasan Ahli Dewan Negeri (ADN) telah diperuntukkan RM3,000,000.00 daripada peruntukan MARRIS yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan yang diselaraskan melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi membolehkan ADN mencadangkan kerja-kerja penyelenggaraan dan membaik pulih jalan di kawasan masing-masing. Bagi tujuan tersebut, pihak PBT dan ADN disarankan mengadakan perbincangan secara berkala bagi membolehkan kedua-dua pihak mengenal pasti senarai projek dan melaporkan status pelaksanaan projek dari semasa ke semasa.