Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
162) INDUSTRI HALAL
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan status terkini industri halal di Selangor?
Perkembangan industri halal di Selangor semakin berkembang pesat. Ini ditunjukkan dengan peningkatan permohon sijil halal di Selangor dan Selangor merupakan negeri terbesar yang mempunyai pemegang sijil halal di Malaysia.
Permohonan bagi Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) di Selangor juga meningkat dari tahun 2019 hingga ke tahun 2021 seperti jadual di bawah.