Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
160) SELANGOR AVIATION SHOW 2022
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah keseluruhan pembiayaan Selangor Aviation Show 2022? Nyatakan secara terperinci kos program tersebut.
Jumlah keseluruhan pembiayaian Selangor Aviation Show 2022 adalah sebanyak RM 4,522,740.00 melalui peruntukan dibawah Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan dan Industri Kecil & Sederhana (IKS) Negeri Selangor.
Perincian kos penganjuran program pameran yang diadakan seperti berikut:
Bil. Butiran Perbelanjaan
Jumlah Perbelanjaan (RM)
1. Promosi & Pengiklanan: – Media Cetak / Digital / Tajaan Program / Bahan-bahan Promosi
RM 1,702,413.00
2. Kos Operasi: – Penyediaan Tapak Acara / Infra
– Program Pelancaran
– Operasi Pameran / Pembekal
RM 2,034,905.00
RM 61,781.00
RM 718,023.00
3. Kos Pentadbiran / Dokumentasi:
RM 5,618.00
JUMLAH
RM 4,522,740.00