Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

157) JAMBATAN SEMENYIH

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membina jejambat baru I Prima Saujana Kajang untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di perumahan tersebut?

    Jejambat yang dimaksudkan terletak di persimpangan Jalan Pintasan Kajang – Semenyih/ Persiaran Prima Saujana. Pihak JKR Selangor sedang dalam proses untuk mewartakan Jalan Pintasan Kajang – Semenyih kepada Jalan Negeri dan dibawah kawal selia JKR Selangor kelak. Kajian keperluan berhubung pembinaan jejambat ini akan dilaksanakan oleh pihak JKR Selangor dan sekiranya ada keperluan yang tinggi, permohonan pembinaan jejambat ini akan dimohon kepada pihak UPEN Negeri Selangor di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, RMKe-13 selaras dengan proses pewartaan jalan ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.