Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

148) PROJEK AIR MANIS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek perumahan di Air Manis Sabak Bernam?

    Pembangunan Projek pembangunan Taman Air Manis akan dilakukan dalam empat (4) fasa. Kelulusan Pelan Bangunan untuk Fasa 1 (skim perumahan) dan Fasa 2 (skim perniagaan) daripada pihak Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) masing-masing pada 31 Disember 2021 dan 25 Januari 2022. Kelulusan Pelan Bangunan Fasa 3 baru diperolehi pada 7 September 2022.

    Berikut adalah kemajuan terkini bagi Fasa 1 dan Fasa 2 setakat bulan Oktober 2022 di tapak projek.

    Pembangunan Fasa 1 merangkumi 54 unit Rumah Idaman 1 tingkat (RT1) dan 6 unit rumah teres 2 tingkat (RT2). Secara keseluruhan, pembangunan untuk Fasa 1 adalah pada 35% kemajuan. Manakala pembangunan Fasa 2 yang merangkumi 26 unit Kedai Pejabat 2 tingkat (KP1 dan KP2). Secara keseluruhan, pembangunan untuk Fasa 2 adalah pada 32% kemajuan.

    Untuk makluman Y.B. Datuk juga, walaupun projek ini masih belum mendapat kelulusan Advertising Permit and Developer’s License (APDL), pemaju telah mengambil langkah awal dengan memulakan pembangunan lebih awal bagi memastikan pembangunan dapat disiapkan mengikut jadual.

Lampiran

Tiada Lampiran.