Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
145) KESELAMATAN MAKANAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Industri Asas Tani
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah langkah-langkah Kerajaan Negeri untuk memastikan sumber makanan penduduk berada pada tahap yang optimum & mencukupi?
Kerajaan Negeri maklum berkenaan dengan isu keselamatan bekalan makanan (food security) yang turut menjadi agenda utama negara dan dunia pada ketika ini. Bagi memastikan bekalan makanan sentiasa berada pada tahap yang optimum dan mencukupi, Dasar Pelan Transformasi Agro Selangor (PeTA) iaitu dasar yang menjurus kepada pelaksanaan program dan projek sekuriti bekalan makanan di Negeri Selangor diwujudkan yang merangkumi 5 dasar dan 9 kluster seperti berikut :-
- Pertanian Bernilai Tinggi (High Value Product);
- Pemodenan Pertanian (Agriculture Modernization);
- Rantaian Bekalan Makanan Lengkap (Complete Supply Chain);
- Pembangunan Agropreneur (Agropreneur Development); dan
- Agro Pelancongan (Agro Tourism).
Objektif PeTA adalah seperti berikut :-
- Produktiviti
Meningkatkan jumlah hasil pengeluaran dan secara langsung meningkatkan jaminan bekalan makanan atau self sufficiency levels (SSL).
- Ekonomi
Meningkatkan sumbangan kepada nilai KDNK sektor pertanian (makanan) Negeri Selangor.
- Modal Insan
Mewujudkan peluang sumber pendapatan khususnya kepada golongan muda serta menyediakan latihan dan bimbangan secara hands-on kepada mereka yang berminat.
Bagi pelaksanaan PeTA tersebut, ianya telah dipecahkan kepada 9 kluster iaitu:-
- Agro Prihatin
- Pengurusan lambakan hasil pertanian.
- Pemberian bantuan / insentif kepada golongan petani, penternak, nelayan dan Industri Asas Tani (IAT).
- Agro Komuniti
- Program agro bandar dan kebun komuniti.
- Agro Siswa.
- Agro Sekolah.
- Agro Centre Of Excellence (ACE)
- Meningkat kajian dan pelaksanaan untuk mengeluarkan benih tanaman, baka ternakan dan akuakultur serta kajian bagi mengurangkan kos makanan ternakan serta penghasilan input-input tanaman yang bersifat mesra alam.
- Agropreneur Selangor
- Mewujudkan lebih ramai agroprenuer.
- Program Ikon Selangor.
- Pendaftaran agroprenuer.
- Agro Pelancongan
- Galakan untuk mewujudkan lebih banyak lokasi agro pelancongan berasaskan projek-projek pertanian yang sedia ada sebagai pendapatan tambahan kepada pengusaha.
- Melaksanakan program-program bagi mempromosikan lokasi pertanian seperti Pesta D’Bendang dan Sport Fishing.
- Maju Agro Selangor
- Program meningkatkan hasil pengeluaran dan pendapatan agroprenuer.
- Membina dan menaik taraf prasarana berkaitan sektor pertanian.
- Agro Niaga
- Mewujudkan lebih banyak pusat-pusat pengumpulan yang lengkap.
- Promosi hasil segar dan proses di dalam dan luar negara.
- Mewujudkan lokasi-lokasi jualan secara terus kepada pengguna seperti Selangor Agro Market (SAM) dan Program Agro Ehsan.
- E-Agro
- Pusat pengumpulan data-data pertanian seperti kawasan yang sedang diusahakan dengan projek pertanian, jumlah pengusaha sektor pertanian makanan segar dan proses serta maklumat tanah-tanah pertanian milik Kerajaan Negeri dan anak-anak syarikat yang berpotensi untuk dimajukan.
- Borang-borang permohonan insentif pertanian dan pendaftaran agroprenuer secara atas talian.
- Smart Selangor Agro Park (SSAP) Dan Smart Selangor Agro Farm (SSAF)
- Pembukaan lebih banyak Kawasan-kawasan pertanian makanan berteraskan Dasar PeTA.
-
Selain padi dan kelapa sawit, apakah tanaman-tanaman lain yang diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri dalam memastikan jaminan keselamatan makanan di Selangor dapat dipertingkatkan pada masa hadapan?
Selain daripada padi dan kelapa sawit, hampir semua jenis tanaman makanan diberikan keutamaan berpaksikan kepada dasar PeTA. Antara tanaman-tanaman tersebut adalah seperti tanaman sayuran daun, sayuran buah, buah-buahan, jagung, kelapa dan pelbagai lagi.