Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
142) PEWARTAAN KAMPUNG BAGAN SG. YU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pembangunan Kampung
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah Kerajaan Negeri berhasrat untuk mewartakan Kampung Bagan Sungai Yu sebagai kampung yang termasuk di dalam istilah Kampung Baru dalam Negeri Selangor?
Di Selangor terdapat 81 buah kampung yang terdiri daripada kampung baru, kampung baru rangkain dan kampung baru bagan. Manakala di dalam daerah Kuala Selangor terdapat 10 buah kampung melibatkan ketiga-tiga kategori tersebut. Kampung-kampung baru ini telah diletakkan di bawah Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kampung Baru Bagan Sungai Yu telah temasuk di dalam senarai ini. PDTKS telah mengiktiraf Kampung Baru Bagan Sungai Yu sebagai sebuah kampung di Kuala Selangor dengan melantik seorang ketua kampung bagi menguruskan hal ehwal penduduk kampung tersebut.