Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
122) PEMBINAAN MASJID BANDAR TEKNOLOGI KAJANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Hal Ehwal Islam
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Pembinaan Masjid yang pertama di Bandar Teknologi Kajang telah ditunda tarikh siapnya sebanyak empat kali dan terakhir pada 22 Oktober 2022 namun masih tidak disiapkan. Apakah punca kelewatan terkini dan bilakah jangkaan yang sebenar-benarnya masjid ini akan dapat disiapkan?
Punca kelewatan utama adalah disebabkan penularan pandemik COVID-19 yang membenarkan lanjutan masa atau extension of time (EOT) kepada pihak kontraktor seperti berikut:
EOT NO. SEBAB-SEBAB EOT
BIL. HARI
1 Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). 114
2 - Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selaras dengan ketetapan Kerajaan.
- Kelewatan pembekalan roof trusses ke tapak bina.
118
3 - Panggilan semula kali ke-3 bagi perlantikan kontraktor untuk melaksanakan Kerja-Kerja Merekabentuk, Membekal dan Memasang Mimbar, Lengkap Kabinet Bina Dalam, Kaligrafi Kerusi, Cokmar Serta Papan Tanda.
- Kelewatan membabitkan perlatikan kontraktor bagi Kerja-Kerja Merekabentuk Membekal dan Memasang Mimbar, Lengkap Kabinet Bina Dalam, Kaligrafi Kerusi, Cokmar Serta Papan Tanda.
155
Tambahan juga, keadaan cuaca yang tidak menentu turut menyumbang kepada kelewatan pada kerja-kerja infrstruktur serta kekurangan pekerja-pekerja yang mahir di tapak bina projek. Oleh yang demikian, jangkaan tarikh siap semasa bagi Masjid Bandar Teknologi Kajang ini adalah pada 25 November 2022.