Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
120) MENAIKTARAF KECEKAPAN PENDAFTARAN MAKLUMAT PEMOHON SKIM BANTUAN DI PUSAT KHIDMAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Sains, Teknologi & ICT
Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Skim bantuan dari Kerajaan Negeri telah banyak ditawarkan secara atas talian, namun kaedah ini menyukarkan sebahagian pemohon yang tidak mempunyai alat peranti untuk membuat permohonan.
Bolehkah Kerajaan Negeri menyediakan alat pembaca Mykad dan sistem memuat-turun data dari Mykad kepada setiap Pusat Khidmat untuk membantu pendaftaran pemohon ini yang tidak mempunyai peranti untuk membuat permohonan secara atas talian? -
Bolehkah alat pembaca Mykad ini dihubungkan dengan sistem bantuan dari Kerajaan Negeri?