Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
115) PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah keperluan logistik yang telah lengkap tersedia oleh kerajaan untuk menghadapi banjir?
Untuk makluman Yang Berhormat, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) telah melaksanakan perancangan awal dalam pengurusan aset pemindahan dan menyelamat, pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS) serta bekalan bahan mentah yang mencukupi.
Seramai 16,119 petugas yang terdiri daripada pelbagai agensi Negeri dan Persekutuan dengan kekuatan sebanyak 15,215 aset serta jentera berada dalam mod siap sedia. Kerajaan Negeri dalam proses perolehan (1) bot amfibia dan 30 unit bot inflatable untuk kegunaan sembilan (9) Pejabat Daerah & Tanah dan 12 Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan bantuan segera boleh disalurkan kepada mangsa bencana banjir. Selain itu, Kerajaan Negeri juga telah menerima 8,543 cubical tent kurniaan DYMM Sultan Johor melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Pengedaran kelengkapan asas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) seperti cubicle tent, selimut, tilam bantal dan keperluan asas ke semua JPBD telah diselaraskan bagi memastikan keselesaan mangsa bencana. Perincian kesiapsiagaan logistik JPBN Selangor adalah seperti di rajah: