Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
114) SUMBANGAN TERUS DARIPADA MBI MELALUI PEKAWANIS
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kebajikan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah sumbangan perayaan dalam bentuk tunai akan terus diberikan dan bukannya pendahuluan dari ahli PEKAWANIS?
Fokus utama PEKAWANIS adalah program kemasyarakatan Negeri Selangor selaras dengan moto PEKAWANIS iaitu ‘Sentiasa Peka Dengan Kebajikan Rakyat’. MBI turut memperuntukkan dana untuk disalurkan kepada PEKAWANIS di dalam memastikan kelancaran aktiviti dan program kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh PEKAWANIS. Sumbangan ini selaras dengan objektif penubuhan MBI untuk memacu aktiviti ekonomi dan social bagi pihak Kerajaan Negeri. Segala penyaluran sumbangan yang dibuat di peringkat PEKAWANIS untuk membantu rakyat terutamanya asnaf wanita, ibu tunggal dan golongan B40 di negeri Selangor meliputi semua kawasan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik termasuk sumbangan perayaan (jika ada) adalah mengikut prosedur operasi standard yang digunapakai di PEKAWANIS.