Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
103) ILTIZAM SELANGOR SIHAT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kesihatan
Adun: Y.B. Tuan Leong Tuck Chee
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah kuota Iltizam Selangor sihat mengikut DUN.
Akses mendapatkan rawatan asas berkualiti dengan kadar segera kepada golongan kurang berkemampuan merupakan salah satu keutamaan Kerajaan Negeri dalam memastikan kebajikan rakyat negeri Selangor sentiasa terjaga. Justeru, pengenalan Program Iltizam Selangor Sihat (ISS) yang merupakan penambahbaikan daripada program Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) merupakan langkah yang tepat oleh Kerajaan Negeri.
Melalui ISS, golongan yang menepati syarat kelayakan akan menerima rawatan manfaat asas sehingga RM500 setahun di klinik Selcare dan panel terpilih seluruh negeri Selangor. Penerima ISS juga akan menerima manfaat tambahan seperti kematian semulajadi, kematian/kecacatan kekal akibat kemalangan, penyakit kritikal dan perbelanjaan pengebumian. Perlindungan ini bukan sahaja diberikan kepada pemohon utama malah ahli keluarga berdaftar turut akan menerima manfaat tambahan yang sama. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.iltizamselangorsihat.com.
Bagi memastikan lebih ramai individu menerima manfaat di bawah ISS, Kerajaan Negeri telah bersetuju meningkatkan kuota penerima ISS kepada 100,000 kuota berbanding 85,000 kuota di bawah program SIPS. Jumlah kuota bagi Iltizam Selangor Sihat mengikut DUN, disusun mengikut jumlah ahli aktif tertinggi sehingga 1 November 2022 adalah seperti berikut:
-
Nyatakan jumlah yang telah diluluskan bawah program ini.
Bagi tujuan pelaksanaan program ISS, peruntukan sebanyak RM45 juta telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan objektif program dapat dicapai oleh individu yang layak.