Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

102) INSIDEN KECURIAN HASIL BUAH KELAPA SAWIT LADANG MILIK PKPS

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Industri Asas Tani

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. PKPS memiliki ladang kelapa sawit yang banyak baik di dalam atau di luar Selangor. Berapa banyak kehilangan hasil yang berpunca daripada kecurian buah kelapa sawit yang telah didaftarkan dan direpotkan kepada PDRM serta cara-cara yang diguna untuk mengurangkan kerugian akibat kecurian buah?

    Berdasarkan kepada semakan rekod ladang-ladang kelapa sawit Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) di Selangor, Sabah dan Kelantan, sehingga kini tidak ada sebarang kecurian dan kehilangan hasil BTS (Buah Tandan Segar) berlaku.

     

    Bagaimanapun, pihak pengurusan PKPS telah diminta untuk terus memastikan langkah-langkah keselamatan dipertingkat dari semasa ke semasa seperti:

     

    1. Memperketat kawalan dipintu masuk laluan utama ke ladang.
    2. Mengadakan rondaan didalam ladang terutama dikawasan tuaian dan longgokan BTS dan kawasan sempadan.
    3. Memastikan semua tandan BTS (buah tandan segar) yang telah dituai diangkut pada hari yang sama ke tempat pengumpulan sementara yang telah disediakan dan telah melalui proses timbangan ladang sebelum BTS dihantar kekilang.

Lampiran

Tiada Lampiran.