Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

95) SURAU AL-FALAH PEKAN BANTING

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Hal Ehwal Islam

Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berikan sejarah surau ini dan status hakmilik tanah surau ini.

    Bangunan Surau Al-Falah telah didirikan oleh pihak Majlis Daerah Kuala Langat pada tahun 1995 di atas tapak seluas lebih kurang 0.2 ekar. Inisiatif tersebut diambil bagi memberi kemudahan kepada masyarakat umum yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan teksi dan perhentian bas di Pekan Banting. Surau berkenaan ketika ini ditadbir oleh jawatankuasa yang diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

     

    Tanah tersebut masih di atas pemilikan pemaju Tetuan Ehsan Istimewa Sdn. Bhd. Pihak pemaju telah memberi kebenaran untuk pembangunan surau berkenaan. Berdasar Rancangan Tempatan Kuala Langat 2030, tapak Surau Al-Falah juga telah dizonkan sebagai Zon Kemudahan Keagamaan (Surau).

     

    Oleh itu, JAIS akan memohon kepada pemaju untuk menyerahkan tapak surau tersebut bagi tujuan pewartaan seperti yang ditentukan oleh Akta Kanun Tanah Negara 1965.

Lampiran

Tiada Lampiran.