Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
94) SENARAI INSIDEN PENCEMARAN AIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Lau Weng San
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Senaraikan kesemua insiden pencemaran air dan sungai yang berlaku di Selangor sejak 2018 serta usaha-usaha yang telah diambil untuk mengatasinya dan tempoh hari penutupan loji rawatan air yang terlibat sekiranya ada untuk setiap satu insiden pencemaran air itu. Senaraikan nama individu dan syarikat yang telah dihukum dan didakwa.
Insiden kecemasan pencemaran sumber air boleh dibahagikan kepada tiga (3) kategori merujuk Manual Kecemasan Pencemaran Sumber Air Negeri Selangor iaitu Kod Hijau, Kod Kuning dan Kod Merah. Kod Hijau merupakan insiden pencemaran tanpa kemasukan ke dalam sumber air dan boleh diselesaikan di peringkat agensi. Kod Kuning diaktifkan apabila berlaku insiden pencemaran sumber air yang berjaya dikesan dan ditangani segera tanpa melibatkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA). Kod Merah pula bermaksud insiden kecemasan pencemaran sumber air yang telah mengakibatkan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA).
Berdasarkan jumlah kes yang direkodkan pihak LUAS, sebanyak 36 insiden kecemasan pencemaran Kod Merah telah berlaku antara tahun 2018 hingga 2022. Namun, jumlah ini BERJAYA dikawal dan diatasi dengan langkah pencegahan segera sehingga pengurangan lebih 80% insiden Kod Merah pada tahun 2021 dan 2022 berbanding tahun sebelumnya. Ini adalah setelah pemantauan 24 jam di lembangan sungai strategik diaktifkan melalui Skuad Pantas LUAS bermula pada 1 Disember 2020. Berikut merupakan perincian Jadual bagi insiden kecemasan pencemaran sumber air mengikut Kod Pengaktifan yang direkodkan sepanjang tahun 2018 sehingga Oktober 2022: