Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

91) MITIGASI BANJIR DUN DUSUN TUA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan kerja-kerja mitigasi banjir yang telah dilaksanakan di DUN Dusun Tua beserta dengan kosnya dari tahun 2019 hingga 2022.

    Kerajaan Negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah memperuntukkan sebanyak RM9.2 juta untuk kerja-kerja mitigasi banjir yang melibatkan DUN Dusun Tua pada tahun 2019 sehingga 2022. Kerja-kerja mitigasi banjir yang terlibat adalah seperti berikut:-

     

    Bil. Projek

    Kos Projek

    (RM)

    Status Pelaksanaan

    1. Kerja-Kerja Pengukuhan dan Penstabilan Tebing Sungai Langat serta Kerja-Kerja Berkaitan di Lot 635 Batu 16, Dusun Tua, Mukim Hulu Langat Daerah Hulu Langat

    199,970.00

    Siap pada 5 Ogos 2022

    2. Menaiktaraf Sistem Saliran Batu 16 di Kampung Dusun Tua, Mukim Hulu Langat

    9,000,000.00

    Peringkat reka bentuk terperinci

    –  Laporan akhir reka bentuk telah siap dan dalam proses penyediaan dokumen tender

    –  Projek dijangka iklan tender pada Disember 2022

    Jumlah

    9,199,970.00

     

Lampiran

Tiada Lampiran.