Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
90) BANJIR DI JALAN SK 5/2, KAMPUNG BARU SERI KEMBANGAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Ean Yong Hian Wah
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah punca utama yang menyebabkan banjir di kawasan sini? Apakah tindakan yang akan diambil?
Punca utama yang menyebabkan banjir di Jalan SK 5/2, Kampung Baru Seri Kembangan adalah disebabkan oleh kapasiti sistem saliran yang tidak mencukupi/ sistem perparitan dalaman yang tidak lancar atas faktor sekatan halangan di dalam longkang. Penyelenggaraan sistem saliran termasuk pengorekan sediment perlu dilaksanakan secara berkala atau one-off mengikut keperluan. Adalah dimaklumkan bahawa, sistem saliran di kawasan tersebut adalah di bawah seliaan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).
Walau bagaimanapun, Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah diluluskan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Kuyoh, Selangor dengan kos projek sebanyak RM300 juta untuk mengatasi banjir di Lembangan Sungai Kuyoh yang merangkumi kawasan Seri Serdang. Status projek tersebut adalah di peringkat reka bentuk terperinci dan ukur kejuruteraan. Laporan akhir reka bentuk terperinci dijangka siap pada bulan April 2023. Kerja fizikal di tapak dijangka akan bermula pada sukuan keempat tahun 2023.
-
Rumah yang beralamat di No 1040, Jln SK 5/2 merupakan tapak yang paling serius dan adakah kerajaan akan melakukan pengambilan tanah supaya ia dijadikan sebagai kolam takungan banjir?
Adalah dimaklumkan bahawa sistem saliran di 1040, Jalan SK 5/2 adalah di bawah seliaan MBSJ. Walau bagaimanapun, kawasan yang dimaksudkan ini akan diambilkira dalam reka bentuk terperinci Projek Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Kuyoh melalui Peruntukan Persekutuan.