Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
89) HADIAH PENGAJIAN IPT
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah program Hadiah Pengajian IPT masih akan diteruskan? Berapakah sumbangan yang telah disalurkan di bawah program ini pada tahun 2022?
Program Hadiah Pengajian IPT sehingga kini masih diteruskan dan diberikan kepada pelajar-pelajar anak Selangor yang berjaya melanjutkan pelajaran ke mana-mana IPT dengan pembayaran sebanyak RM 1,000 bagi setiap pelajar. Peruntukan Hadiah Pengajian IPT bagi tahun 2022 adalah berjumlah RM3 juta dan seramai 3 ribu pelajar telah menerima manfaat daripada program tersebut.