Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

88) INISIATIF BERKENAAN DENGAN KESIHATAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Sila senaraikan semua inisiatif Kerajaan Selangor yang berkaitan dengan kesihatan dan berapa jumlahnya subsidi daripada Kerajaan Selangor berikan kepada inisiatif-inisiatif ini pada tahun 2022.

    Pengurusan bantuan kesihatan yang berkesan, efektif dan mampu milik serta selari dengan teknologi semasa menjadi indikator penting Kerajaan Negeri dalam mewujudkan bantuan dan inisiatif kepada rakyat. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM70.7 juta telah diperuntukkan bagi sektor kesihatan awam seperti yang diumumkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar pada ucapan Belanjawan 2022, dengan perincian adalah seperti berikut: .

     

    Bil. Inisiatif / Program

    Peruntukan 2022

    (RM)

    1. Iltizam Selangor Sihat

    45,000,000

    2. Bantuan Sihat Selangor

    5,000,000

    3. Aktiviti Kawalan dan Pencegahan Denggi

    5,000,000

     

    4.

    Sukarelawan Kesihatan Komuniti Selangor (SUKA)

    1,500,000

    5. Peduli Sihat Penjawat Awam

    1,000,000

    6. Insentif Rawatan Tibi

    800,000

    7. Kesihatan Mental

    1,000,000

    8. Nutrisi Makanan Kanak-kanak

    1,000,000

    9. Kanser Selangor

    1,500,000

    10. Selangor Saring

    1,500,000

     

    11.

    Pendigitalan Program Kesihatan

    1,000,000

    12. Pemeriksaan Kesihatan Mata

    100,000

    13. Slim Selangor

    300,000

    14. Majlis Penasihat Kesihatan Awam Selangor (SELPHAC)

    1,000,000

    15. Skim Rawatan Jantung

    5,000,000

    Jumlah Keseluruhan

    70,700,000*

    *termasuk peruntukan Skim Rawatan Jantung yang merupakan sumbangan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan peruntukan daripada Vot P01-19001 (Pelbagai)

Lampiran

Tiada Lampiran.