Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
87) KOLAM TAKUNGAN AIR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Puan Wong Siew Ki
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila senaraikan semua kolam takungan air di dalam DUN Balakong bersama dengan butiran keadaan terkini dan juga pihak jagaan kepada setiap kolam.
Terdapat lapan (8) kolam takungan air di dalam DUN Balakong di mana kerja penyelenggaraan dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Hulu Langat. Senarai kolam takungan air tersebut adalah seperti berikut:-
Bil. Nama Kolam Takungan Air Mukim
Bilangan Kolam Luas Kolam (Ha) Kategori (Basah /
Kering)
1. Kolam 1 Taman Tun Perak Cheras
1
0.2
Kering
2. Kolam Sg. Chua Kajang Kajang
1
0.10
Basah
3. Cheras Jaya Cheras
1
12.95
Basah
4. Taman Budiman Cheras
1
0.1
Basah
5. Taman Impian Indah Cheras
1
0.1
Kering
6. Mahkota Cheras 2 Cheras
1
0.2
Kering
7. Kolam Taman Sri Cheras Cheras
1
0.1
Kering
8. Kolam Taman Murni Cheras
1
0.1
Basah
Jumlah 8 13.85