Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

86) DANA BANTUAN GUAMAN SELANGOR

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Michelle Ng Mei Sze

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah prestasi Program Bantuan Guaman setakat kini?

    Untuk makluman Tuan Speaker, Dana Bantuan Guaman Selangor mula dilaksanakan pada 15 September 2022. Sehingga Oktober 2022, Kerajaan Negeri telah menerima sebanyak enam (6) permohonan di bawah Program Dana Bantuan Guaman Selangor yang melibatkan empat (4) isu kekeluargaan dan dua (2) isu pekerjaan. Permohonan-permohonan tersebut belum difailkan di mahkamah dan sedang diteliti di peringkat Jawatankuasa Peguam Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.