Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

80) KLINIK SELCARE

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan pelanggan, bilangan pekerja kesihatan (doktor dan sebagainya) dan perbelanjaan bagi setiap Klinik Selcare.

    Daripada 1 Januari – 30 September 2022, berikut adalah maklumat bagi klinik Selcare :

    1. Jumlah pelanggan : 100,735 orang
    2. Bilangan pekerja kesihatan : 16 doktor dan 35 kakitangan kesihatan lain
    3. Kos perbelanjaan : RM442,838 setiap bulan. Butiran perbelanjaan bagi setiap cawangan adalah seperti berikut :

     

    CAWANGAN PERBELANJAAN BULANAN (RM)
    SELCARE CLINIC SEKSYEN 13, SHAH ALAM 38,513
    SELCARE CLINIC UNISEL, SHAH ALAM 30,476
    SELCARE CLINIC USJ SENTRAL 29,285
    SELCARE CLINIC SKYPARK, SUBANG 20,775
    SELCARE CLINIC PUCHONG 65,568
    SELCARE CLINIC DESA MENTARI 17,846
    SELCARE CLINIC SENTOSA, KLANG 17,118
    SELCARE CLINIC PUTRAJAYA 48,223
    THE KL CLINIC UBN TOWER 29,962
    THE KL CLINIC MENARA HAP SENG 2 19,194
    THE KL CLINIC MENARA OLYMPIA 18,772
    THE KL CLINIC ROHAS PERKASA 31,750
    THE KL CLINIC KLO STATION 26,623
    THE KL CLINIC SRI RAMPAI 19,297
    THE KL CLINIC MENARA WORLDWIDE 29,425

    TOTAL

    442,838

  2. Apakah rancangan Kerajaan Negeri supaya Klinik Selcare lebih dikenali oleh rakyat Selangor?

    Dalam agenda untuk memperkenalkan perkhidmatan klinik SELCARE kepada rakyat Selangor, pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak kerajaan negeri dan juga pihak pengurusan klinik SELCARE seperti membuka klinik di beberapa kawasan di Selangor dan juga beberapa kawasan diluar Selangor untuk kemudahan rakyat Selangor. Pihak SELCARE juga sentiasa mengadakan program – program kesedaran kesihatan bersasar untuk rakyat Selangor.

     

    Pada masa yang sama, inisiatif lain yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri menerusi klinik SELCARE dengan melakukan pelbagai program kesihatan secara percuma kepada rakyat Selangor seperti Saringan Covid-19 Komuniti, Selangor Vaksin, SelVAX Kids dan Saring Selangor.

Lampiran

Tiada Lampiran.