Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

79) TALIAN HAYAT SELAMAT

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan bilangan panggilan yang diterima oleh talian hayat SELamat dari bulan Januari - September 2022.

    Talian SELamat telah menerima panggilan sebanyak 53 kes keganasan rumah tangga (KRT) disepanjang tempoh pengoperasian dari bulan Januari sehingga September 2022 dengan senarai bilangan panggilan seperti berikut ;-

     

    Bil Bulan

    Bilangan Panggilan

    1 Januari

    6

    2 Februari

    6

    3 Mac

    5

    4 April

    8

    5 Mei

    9

    6 Jun

    6

    7 Julai

    4

    8 Ogos

    5

    9 September

    4

    Jumlah Panggilan

    53

  2. Apakah demografik pemanggil dari segi kaum, lokasi (DUN) dan umur?

    Demografik pemanggil Talian SELamat dari segi kaum, lokasi (DUN) dan umur adalah seperti berikut :
    1.    Kaum :

    Bil Kaum Bilangan Panggilan
    1 Melayu 36
    2 India 8
    3 Cina 4
    4 Tidak Dinyatakan 3
    5 Lain-Lain 2
    Jumlah Panggilan 53

    Sumber : Wanita Berdaya Selangor (WBS)

    2.    Lokasi (DUN) :

    Bil Lokasi (DUN) Bilangan Panggilan
    1 Petaling 16
    2 Luar Selangor 12
    3 Kuala Lumpur 7
    4 Klang 5
    5 Gombak 4
    6 Hulu Langat 3
    7 Kuala Selangor 2
    8 Kuala Langat 1
    9 Sepang 1
    10 Tidak Dinyatakan 2
    Jumlah Panggilan 53

    Sumber : Wanita Berdaya Selangor (WBS)

    3.    Umur :

    Bil Kategori Umur Bilangan Panggilan
    1 20 hingga 30 tahun 14
    2 31 hingga 40 tahun 12
    3 41 hingga 50 tahun 9
    4 51 hingga 60 tahun 8
    5 61 hingga 70 tahun 1
    6 Tidak Dinyatakan 9
    Jumlah Panggilan 53

    Sumber : Wanita Berdaya Selangor (WBS)

     

  3. Berapakah peruntukan yang telah dibelanjakan oleh talian hayat SELamat?

    Peruntukan yang telah dibelanjakan oleh Talian SELamat sehingga 15 November 2022 adalah sebanyak RM93,448.20.

Lampiran

Tiada Lampiran.