Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

76) PROJEK TEBATAN BANJIR DI BATU 30 ULU YAM

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah proses pengambilan tanah seluas 1.9388 hektar bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 dan Lain-lain Kerja Berkaitan, Mukim Ulu Yam, Hulu Selangor telah selesai? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.

    Proses pengambilan bagi Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 dan Lain-lain Kerja Berkaitan, Mukim Ulu Yam, Hulu Selangor belum selesai kerana sehingga 19 Oktober 2022, pihak Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor belum menerima permohonan rasmi daripada pihak berkaitan seperti yang digariskan di bawah Seksyen 3(1)(b) dan ( c) Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 486). Sebab kelewatan adalah terdapat pindaan pada pelan pengambilan tanah. Walau bagaimanapun, permohonan pengambilan tanah telah dikemukakan semula kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor pada 4 November 2022.

  2. Adakah tembok yang dibina oleh JPS Hulu Selangor bersebelahan dengan Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 mudah pecah jika hujan lebat? Jika ya, nyatakan butir-butir penyelenggaraannya.

    Tembok yang dibina oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bersebelahan dengan Kawasan Perumahan Kos Rendah Batu 30 masih dalam keadaan yang baik. Walau bagaimanapun, kerja-kerja pembaikan akan dilaksanakan dengan kadar segera oleh pihak Jabatan sekiranya berlaku kerosakan pada tembok tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.