Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

74) DASAR DAN KAWALAN MPHS TERHADAP KAWASAN PERINDUSTRIAN ZURAH RASA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan dasar dan kawalan MPHS terhadap Kawasan Perindustrian Zurah Rasa yang berdekatan dengan Sungai Selangor.

    Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa merupakan kawasan perindustrian terancang yang telah mengambilkira serahan rezab dan penampan Sungai Selangor. Bagi pelabur yang ingin mendirikan kilang di kawasan ini adalah diwajibkan untuk mendapat sokongan teknikal dari agensi teknikal terutama dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor dari aspek impak kepada alam sekitar. Bagi pemajuan yang memerlukan Laporan Impak Alam Sekitar (EIA), laporan berkenaan perlu diperakukan dan diluluskan terlebih dahulu sebelum pertimbangan kepada Kebenaran Merancang dapat diberikan. Dasar dan kawalan MPHS terhadap kawasan Perindustrian Zurah Rasa yang berdekatan dengan sungai selangor adalah :-

     

    • Memastikan setiap kilang yang beroperasi perlu mendapatkan kelulusan dari pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum dibawa ke dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kawalan Perniagaan untuk dibincangkan.

     

    • Mekanisme kawalan dan perundangan yang melibatkan efluen perindustrian adalah terletak di bawah akta kualiti alam sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan kualiti alam sekeliling (efluen perindustrian) 2009 yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar di Negeri Selangor.
    • selain itu, pihak MPHS boleh mengambil tindakan pemotongan bekalan utiliti atau mana-mana undang-undang yang terpakai di peringkat pihak berkuasa tempatan dan tindakan bersepadu antara agensi akan dijalankan mengikut bidang kuasa masing-masing.
    • Semua perumahan dan pembangunan kilang perlu mendapat kelulusan MPHS sebelum beroperasi

     

    • Pemantauan berkala dilaksanakan bagi mengawal aktiviti.
  2. Adakah Kawasan Perindustrian Zurah Rasa diwujudkan sebagai kawasan perindustrian ringan? Jika ya, kenapa terdapat banyak kilang kitar semula plastik dan logam dibenarkan beroperasi di kawasan tersebut.

    Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa merupakan kawasan perindustrian terancang yang dibangunkan oleh pihak Perbandanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diluluskan susunaturnya melalui pelan lulus JPBD Bil.B3/142/93/PD bertarikh 5 Januari 1994. Tujuan asal pembangunan Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa ini adalah bagi menempatkan industri – industri foundri. Pihak Berkuasa Negeri Selangor telah membuat keputusan untuk membuka Kawasan Perindustrian Zurah, Rasa kepada aktiviti industri yang lain dengan syarat mendapat sokongan dari agensi teknikal bagi merancakkan pembangunan di kawasan ini selepas kegagalan menarik pelabur dari industri foundri.

  3. Senaraikan jenis dan jumlah kilang yang beroperasi di Kawasan Perindustrian Zurah Rasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.