Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
71) PADANG GOLF KUALA KUBU BHARU
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Lee Kee Hiong
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Adakah proses perizaban tapak Padang Golf Kuala Kubu Bharu di bawah pengawalan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan diselenggara oleh Pejabat Daerah Hulu Selangor telah selesai? Jika tidak, nyatakan sebab-sebabnya.
-
Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memastikan padang golf berkenaan yang dirizabkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara sebagai kawasan rekreasi memberikan manfaat kepada rakyat Selangor dan khususnya penduduk Kuala Kubu Bharu?