Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
68) TUMPUAN TERHADAP SEKTOR PELANCONGAN DI SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Pelancongan
Adun: Y.B. Puan Jamaliah Binti Jamaluddin
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sektor Pelancongan merupakan salah satu sektor tumpuan pihak Kerajaan Negeri Selangor. Apakah inisiatif-inisiatif, bantuan kewangan ataupun pengurangan cukai yang akan dilaksanakan bagi mengalakkan perkembangan sektor ini kembali?
Untuk makluman, Kerajaan Negeri Selangor melalui Tourism Selangor telah melaksanakan pelbagai inisiatif serta bantuan kewangan bagi menggalakkan semula industri pelancongan yang amat terjejas akibat pandemik Covid-19 melalui 2 siri Pakej Ransangan Selangor Prihatin yang telah dijalankan pada tahun 2020 (RM2.6 juta) dan juga 2021 (RM2.55 juta). Antara inisiatif-inisiatif dan bantuan kewangan yang telah dilaksanakan pada tahun-tahun tersebut adalah seperti berikut :
Pakej Ransangan Selangor Prihatin Bagi Industri Pelancongan – Tahun 2020
BIL INISIATIF / BANTUAN KEWANGAN AMAUN (RM)
1. Insentif Khas One-Off kepada Penggiat Industri Pelancongan (melibatkan 600 pemain industri pelancongan) RM600,000.00 2. Subsidi Baucar Pelancongan RM2,000,000.00 JUMLAH RM2,600,000.00 Pakej Ransangan Selangor Bagi Industri Pelancongan Prihatin 2.0 – Tahun 2021
BIL INISIATIF / BANTUAN KEWANGAN AMAUN (RM)
1. Geran Bantuan Kewangan Program / Aktiviti Pelancongan Negeri Selangor RM1,000,000.00 2. Baucar Pelancongan Negeri Selangor 2.0 RM1,060,000.00 3. Program Latihan Pembelajaran Pendigitalan Pelancongan Negeri Selangor RM253,650.00 4. Bantuan Kewangan “One-Off” kepada Persatuan Pelancongan di Negeri Selangor RM15,000.00 JUMLAH RM2,553,650.00 Bagi perancangan di masa hadapan , initiatif-intiatif seperti pelaksanaan dan pemerkasaan kempen-kempen pelancongan seperti “ Nak Bercuti?Pusing Selangor Dulu dan “Splendid Selangor” akan terus dijalankan oleh Tourism Selangor bersama-sama penggiat industri pelancongan yang lain. Tourism Selangor akan terus memainkan peranan di dalam memangkin agenda pelancongan di negeri Selangor bagi memastikan Selangor menjadi dalah satu destinasi pelancongan yang unggul dan wajib dilawati oleh pelancong di dalam dan di luar negara seterusnya dapat meningkatkan hasil kerajaan negeri.
-
Apakah terdapat festival-festival yang akan dilaksanakan di kawasan tumpuan pelancongan bagi mempromosikan kawasan-kawasan tersebut. seperti di Musical Fountain Taman Tasik Shah Alam, Fraser Valley, Taman Awam Pengkalan Batu dan sebagainya?
Berikut adalah senarai festival atau program pelancongan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan ( PBT ) bagi mempromosikan kawasan yang dinyatakan:
-
Adakah terdapat kerjasama antara sektor swasta dalam mengalakkan sektor pelancongan di Selangor? Sekiranya ada, sila senaraikan secara terperinci
Untuk makluman, Tourism Selangor sering menjalinkan kerjasama atau mendapatkan rakan strategik dikalangan sektor swasta di dalam pelaksanaan / anjuran program-program promosi pelancongan. Antara pihak sektor swasta (dikalangan pemain industri dan bukan pemain industri pelancongan) yang telah bekerjasama dengan Tourism Selangor adalah seperti berikut :
- Produk-produk operator pelancongan Negeri Selangor dalam penyertaan-penyertaan program promosi domestik dan juga antarabangsa.
- Kolaborasi bersama syarikat penerbangan Malaysia Airlines di dalam kempen pelancongan Negeri Selangor untuk pasaran pelancong domestik ”Nak Bercuti?, Pusing Selangor Dulu!’ dan Antarabangsa “Splendid Selangor, Take Me Anywhere”.
- Kerjasama bersama syarikat Monsta (Syarikat Animasi Terkemuka Malaysia) dalam penghasilan video promosi pelancongan animasi Negeri Selangor.