Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

57) KESESAKAN LALULINTAS JALAN BUKIT BADAK KAMPUNG MELAYU SUBANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah rancangan kerajaan ( Jangka masa pendek ) untuk menyelesaikan masalah tersebut?

    Bagi penyelesaian Jangka Pendek, pihak JKR di dalam proses melaksanakan kajian trafik di kawasan kawasan Kampung Melayu Subang, khususnya Jalan Bukit Badak bagi mendapatkan jalan penyelesaian yang menyeluruh.

  2. Apakah rancangan kerajaan ( jangka masa panjang ) untuk menyelesikan masalah tersebut?

    Bagi penyelesaian Jangka Panjang, setiap rekabentuk jalan perlu mengambilkira data trafik bagi kapasiti 10 tahun akan datang. Disamping itu, semua pembangunan disekitar Jalan Negeri atau Jalan Persekutuan, pihak JKR Selangor telah mensyaratkan di dalam kelulusan kebenaran merancang bahawa pemaju yang terlibat perlu mengambilkira kerja-kerja naiktaraf jalan berhampiran kawasan pembangunan. Pihak JKR juga akan mengangkat cadangan Menaiktaraf Jalan Bukit Badak berpandukan kepada output daripada kajian trafik yang akan diadakan.

Lampiran

Tiada Lampiran.