Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
54) KESESAKAN LALULINTAS PERSIARAN CAKERAWALA SEKSYEN U5 SHAH ALAM KETIKA WAKTU PUNCAK
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam
Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah tindakan kerajaan ( jangka masa pendek ) untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Pihak Majlis dalam proses untuk membuat pengubahsuaian terhadap aliran trafik di antara Persimpangan Jalan Persiaran Cakerawala dan Persiaran Angkasa. Susur masuk trafik dari Persiaran Cakerawala menuju masuk ke Persiaran Angkasa dan susur masuk dari Persiaran Angkasa ke Persiaran Cakerawala akan ditutup bagi mengurangkan bukaan jalan di samping dapat melancarkan aliran trafik di kawasan tersebut.
Ujian ini akan dijalankan selama 3 bulan bagi melihat kesan aliran trafik disamping bagi mendapatkan maklumbalas daripada pengguna dan orang awam.
-
Apakah tindakan kerajaan ( jangka masa panjang ) untuk menyelesaikan masalah tersebut?
Pihak Majlis telah mengadakan mesyuarat penyelarasan berkenaan dengan penyelesaian penyuraian trafik di Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam bersama dengan Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, pemaju Tetuan Kwasa Land Sdn. Bhd., Tetuan Juta Permai Sdn Bhd., Tetuan Lembaga Getah Malaysia, Ahli Majlis MPP Zon 18 dan jabatan teknikal dalaman MBSA pada 27 Julai 2022.
Beberapa perkara yang dibincangkan bersama ialah:
- Penyambungan Jalan Sebahagian Persiaran Atmosfera
- Penyambungan jalan Persiaran Atmosfera lingkungan (1.5KM) dalam kawasan pemajuan Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd. ini masih belum dibina sepenuhnya oleh pemaju secara keseluruhan kerana terdapat struktur tanpa kebenaran.
- Pihak pemaju Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd. telah menyediakan pelan ukur di tapak bagi Persiaran Atmosfera dan mendapati terdapat beberapa struktur kilang memasuki rezab sungai dan jalan.
- Pada 11 Ogos 2022 Tetuan Juta Permai Sdn. Bhd. telah mengemukakan pelan ukur ke Pejabat Daerah dan Tanah Petaling untuk tindakan pengeluaran notis.
- Operasi pembersihan dan perobohan struktur akan dilaksanakan secara bersepadu yang diketuai oleh Pejabat Tanah Daeah Petaling kerana melibatkan tanah kerajaan iaitu rezab jalan dan rezab sungai.
- Pihak Juta Permai Sdn. Bhd. bersama Tetuan Kwasa Land Sdn. Bhd. akan bekerjasama dalam menyempurnakan pembinaan jalan Persiaran Atmosfera selepas operasi pembersihan struktur tanpa kebenaran dijalankan.
- Pembinaan akan dimulakan pada Disember 2022 dan dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh 8 Bulan.
- Pembinaan Jalan Alternatif di Kawasan Pemajuan Lembaga Getah Malaysia
- Tetuan Lembaga Getah Malaysia dalam usaha untuk memajukan semula tanah LGM. Projek pembangunan yang telah diluluskan oleh majlis kini dalam proses lantikan semula perunding yang baru.
- Pihak LGM sedang melantik perunding bagi projek pembinaan jalan J1-J2 yang menghubungkan Subang Bestari melalui LGM ke Kwasa Damansara.
- Pihak pengurusan LGM telah meluluskan peruntukkan pembinaan jalan dan dijangkakan dalam tempoh 2 tahun siap pembinaan.