Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

50) PUNGUTAN CUKAI TAKSIRAN KERAJAAN TEMPATAN

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Shatiri Bin Mansor

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar kerajaan dan mekanisma yang di gunakan untuk memastikan bahawa cukai tersebut dapat di kutip dalam tempoh yang di kehendaki?

    Dasar kutipan cukai taksiran adalah berdasarkan peruntukan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]. Namun, bagi menggalakkan pembayaran cukai pintu dalam keadaaan ekonomi yang tidak stabil sejak dilanda COVID-19, Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah melaksanakan program kesedaran dan mempermudah kaedah terimaan bayaran secara dalam talian. Pemakluman kepada pemilik terhadap kepentingan bayaran cukai taksiran bagi membolehkan PBT meningkatkan mutu perkhidmatan kepada penduduk juga telah dilaksanakan bagi menggalakkan bayaran cukai taksiran.

  2. Apakah punca utama tunggakan kutipan?

    Secara umumnya, tunggakan cukai taksiran berlaku disebabkan oleh sikap pemilik yang kurang mengambil berat akan kepentingan membayar cukai taksiran. Namun, antara sebab lain yang menyumbang kepada kegagalan pemilik membayar cukai taksiran adalah disebabkan oleh tanah atau rumah kosong yang tidak diduduki dan juga kegagalan pemilik untuk mengemas kini pemindahan hak milik harta tanah yang seterusnya menyebabkan maklumat berkenaan cukai taksiran yang patut dibayar tidak dapat disampaikan.

  3. Apakah mekanisma yang di gunakan (i.e surat , email, etc) untuk memastikan penduduk di maklumkan jumlah dan tarikh yang perlu agar tiada sebarang denda di kenakan?

    Kini, PBT telah melaksanakan kemudahan semakan cukai taksiran melalui portal rasmi PBT bagi pemilik yang berdaftar selain mengemukakan e-mel dan surat notis cukai taksiran. Kaedah peringatan mesra melalui notifikasi secara Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dalam menggalakkan bayaran cukai taksiran juga telah dilaksanakan di mana pemakluman jumlah dan tarikh penting dibuat bagi mengelakkan denda dikenakan kepada pemilik harta.

Lampiran

Tiada Lampiran.