Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
39) JABATAN KERJA RAYA (JKR) SELANGOR
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada JKR dari 2018-2022.
Peruntukan penyenggaraan jalan yang disalurkan oleh Kerajaan Persekutuan dari 2018 – 2022 adalah berjumlah RM 412,868,921.55 seperti berikut:
Bil Tahun Peruntukan Penyelenggaraan 1. 2018 52,370,461.18 2. 2019 47,331,796.83 3. 2020 110,990,778.43 4. 2021 117,759,931.89 5. 2022 84,415,953.22 Jumlah Peruntukan 412,868,921.55 -
Nyatakan prestasi perbelanjaan JKR pada tahun 2018-2022 mengikut daerah.
Prestasi perbelanjaan penyenggaraan jalan oleh JKR pada tahun 2018 – 2022 mengikut daerah adalah seperti di Lampiran.