Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

29) PERUNTUKAN PROGRAM KERAJAAN BAGI DUN RAWANG

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Chua Wei Kiat

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Nyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada rumah ibadat bukan Islam di DUN Rawang sejak tahun 2018 hingga 2022.

    Kerajaan Negeri prihatin akan keperluan untuk membaikpulih rumah ibadat bukan Islam sedia ada bagi tujuan keselesaan semasa menjalankan aktiviti-aktiviti agama, serta keperluan-keperluan asas dari segi peralatan bagi menjalankan kelas-kelas agama. Peruntukan ini disalurkan kepada persatuan-persatuan yang telah memohon kepada Pengerusi Bersama Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Negeri Selangor (LIMAS) melalui Sistem Bantuan Kewangan Rumah Ibadat Lima Agama (Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao) Selangor. Penyaluran peruntukan kepada persatuan-persatuan yang memohon dibuat secara Electronic Fund Transfer (EFT) atau pembayaran secara cek.

     

    Untuk makluman Yang Berhormat sekalian, sejak 2018 hingga tahun 2022, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM1,295,800.00 kepada rumah-rumah ibadat selain Islam yang berdaftar dalam kawasan DUN Rawang. 97% daripada peruntukan tersebut telah digunakan bagi aktiviti-aktiviti keagamaan serta bagi tujuan membaik pulih rumah-rumah ibadat. Baki 3% peruntukan tersebut adalah bagi tujuan sumbangan bagi tujuan pembinaan rumah-rumah ibadat baharu atau pengubahsuaian rumah-rumah ibadat selain Islam sedia ada. Pecahan peruntukan tersebut mengikut rumah ibadat adalah seperti berikut:

     

     

     

     

    BIL JENIS RUMAH IBADAT PERATUS PERUNTUKAN (%)
    1. Tokong 47.68%

    (RM617,800.00)

    2. Kuil 42.29%

    (RM548,000.00)

    3. Gereja 5.48%

    (RM71,000.00)

    4. Gurdwara 4.55%

    (RM59,000.00)

    JUMLAH 100%

    (RM1,295,800.00)

  2. Nyatakan berapakah peruntukan yang telah diberikan kepada sekolah DUN Rawang bawah program Bantuan Sekolah Selangor sejak tahun 2018 hingga 2022.

    Jumlah peruntukan yang diterima oleh DUN Rawang di bawah Program Bantuan Sekolah bagi tahun 2020 hingga 2022  adalah seperti berikut:

     

    TAHUN JUMLAH PERUNTUKAN  
    2018 RM250,000.00
    2019 RM308,000.00
    2020 RM260,000.00
    2021 RM309,000.00
    2022 RM394,000.00
    JUMLAH KESELURUHAN RM1,521,000.00

Lampiran

Tiada Lampiran.